Tips Interview khas untuk Fresh Grad Radiography.
Perlu ke tips? Bukan susah pun interview Radiographer ni. Okay, tipuje.
Aku share je eh. At least korang dapat la gambaran. Takde la lost yedak? Macam aku haritu takde pun orang nak share. Sedih betul. Tapi jangan la expect soalan tu sebijik sebijon. Ni setakat yang aku pernah dapat la.
Memang tak banyak experience pun sebab aku pun fresh grad jugak. Pernah la jadi radiographer klinik 6 bulan. Lepastu aku resign. Nak tau kenapa pm tepi.
Common questions: (Based on interviews yang aku pernah attend)
1. Company/Institution Profile
Engkorang jangan la malas sangat nak membaca. Cukup-cukup la malas time study. Tak payah bawak malas tu masuk kerja. Buat la research sikit. Company profile. Nak lagi kalau hospital yang ada nama besar macam KPJ, Pantai, Sunway. Vision mission baca la sekali lalu. Takde la engkorang terkial terkebil-kebil time interview. Aku cakap serius ni. Nampak benda macam remeh. Tapi ni soalan maut sebenarnya. Interviewers mesti nak tau punya apa je yang korang tau pasal institution dorang. Nampak bersungguh sikit.
2.Technical Questions
Kalau "bernasib baik" dapat interviewer Radiographer jugak, tahniah in advance kehkeh.
Biasa aku pergi interview at least ada sorang orang HR, sorang Radiographer. Kalau korang jenis bertuah lagi dapat la dua orang Radiographer. Dakpun semua Radiographer. Masa ni hang tawakkal ja lah. Biasa time interview ni semua benda lupa. Hat reti jadi tak reti. Kahkah.
Ni kalau orang power masa training kat hospital, jarang la takleh jawab. Tapi study la balik takut lupa kan. Satu lagi kalau korang apply jadi Dental Radiographer sila study CBCT okay! OPG dengan lateral cephalic tu jangan lupa. Position gigi jangan tetiba nak kena amnesia depan interviewer. Sat g depa tanya gigi total ada berapa pun takleh jawab buat cinggey la. Haha.
Lepastu LMP 10 days rule 28 days rule jangan duk buat lecey nah. Buat malu ja takleh jawab.
Exposure kVp mAs. *in term of image critique. Ni tough sikit. Kalau hang terer tackle hang dapat la soalan suruh kritik chest ja. Kalau dapat skull nasib hang la. Minat sangat dengan x-ray ni sapa suruh. Soalannya berbunyi "Berapa bagi untuk chest xray?" Jangan bebal sangat p cerita value kVp mAs. Buat kena gelak ja.
Centering point. Term penting. Horizontal dengan vertical pun hang taktau sila p cari kerja lain la hahaha.
Beza MRI dengan CT scan. Kalau hang degree holder, tahniah lagi sekali. Aku dapat soalan "Explain MRI as a degree student." LOL. Sila la summarize pasai the whole MRI process. Apa guna ada MRI Made Easy.
Difference MRI dgn CT Scan. Type. Helical CT vs Spiral CT. Nganga aku. Sebab tak ingat. Belajaq untuk exam ja jadi laguni lah. HAHAHA.
Contrast CT vs MRI.
MRI safety. (Ni simple ja, barang yang boleh masuk dlm MRI room - titanium)
Explain how to do "..." xray.
Radiation dose limitation. Annually for x-ray worker.
Dose per chest x-ray.
Fluoro basic je. At least tau la contrast bagai tu.
OT. C-arm. Sterile. (Aku dah malas nak tulis panjang, hampa paham kot noh)
Mammo aku taktau. Hampa p google sendiri la. Tak pernah kena tanya soalan mammo.
3. General Questions
Okay. Now general question.
Commonly pasal strength and weakness. Gebang ja lah.
Expected salary. Ni kira hot topic. Aku boleh kata paling tinggi value fresh grad MI RM 1900 setakat ni yang aku dengaq. Paling teruk hang boleh dapat RM 1200. Expect for the worst okay.
Kalau dak hang kecewa. Depa akan gunakan hang punya status freshie tu sebagai alasan. Aku memang fail kat sini sebab aku ni consider as demanding. Aku akan apply untuk RM 2200 and nego setakat RM 1800 sahaja.
Tapi memandangkan employer market sangat low masa ni, dan employee market tersangatlah tinggi so, no choice man. Aku nasihatkan kalau hampa betui minat nak kerja dalam bidang ni, just agree. Tapi kalau hampa rasa tak berbaloi just turned it down ja lah. Sat g kerja rasa terbeban pulak. Biasa ada la allowance sipi2 boleh la nak cover seratus dua. Cari experience dulu. Bertahanlah sekejap untuk 3 tahun. Pastu increment maybe paling tinggi untuk 1-2 tahun pertama let's say 2.5%. Bertabahlah sikit. Untung-untung dah ada experience nanti boleh la apply UAE pulak.
Kalau nak nego but u don't want to sound desperate or demanding, nego untuk accomodation atau other benefits. Sebab ada employer yang baik hati (1 dalam 1000) akan provide allowance untuk tu.
Transportation. Willing untuk oncall. Overtime. Hobbies. Opinion on teamworks. Multitasking - opinion on buat kerja luar bidang. Contoh kalau korang apply untuk screening centre atau medical centre yang kecik, kemungkinan besar korang akan dicampak ke dispensary. So kena buat documentation, stock takes and whatsoever. Aku dapat soalan -ni time apply kat orthopaedics centre "let say kalau ada patient muntah, awak tunggu cleaner atau awak tak kisah bersihkan sendiri?" Korang iyekan je lah. Dia nak test je tu.
Satu lagi sebelum terlupa, apa beza graduate degree dengan diploma dalam bidang ni.
Okay guys. Good luck. Semoga jadi Radiographer yang berdedikasi, cekap, dan amanah.
Okay gais. Adios.
1. akak nak tanya sekarang gaji fresh grad ijazah medical imaging bape ye?
ReplyDelete2. sekarang dekat kerajaan juru xray diberi jawatan tetap atau kontrak? and samke gaji contract and tetap?
Thanks and that i have a nifty present: How Much Renovate House remodeling old homes
ReplyDelete